Monday, November 24, 2008

Program Merakyatkan Seni

Program merakyatkan seni dan budaya (PMS) akan diadakan di Dataran Kota Long Jaafar, Bukit Gantang, Taiping, Perak. Tarikhnya adalah 29 November (Jam 9 pagi hingga 11 malam) dan 30 November 2008 (8 pagi hingga 6 petang). Antara aktiviti menarik yang dirancang ialah beberapa pertandingan seperti melukis dan mewarna, gotong royong (kenduri rakyat), bengkel dan demonstrasi seni khat, pertandingan futsal dan pelbagai persembahan kesenian pelbagai kaum.

Tema PMS anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Perak kali ini adalah Perkasakan Perpaduan Bersama. Acara kemuncak dijangka dihadiri oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato' Shafie Apdal.

APDR turut terlibat dalam demonstrasi melukis oleh beberapa artis seperti Aidel Yusof, Kamal Sabran, Dato' Mahsun Taib, Roslaini, Ismail Alias dan beberapa pelukis lain.

Monday, October 20, 2008

Cadangan



Tahun depan, macam-macam cadang nak buat... tahun ni kantoi sebab keadaan politik dan ekonomi yang mencantas bajet. Insyaallah ada rezeki untuk kita laksanakan beberapa idea yang terperap. Kalau ada cadangan boleh kemukakan cepat.

Aku rindukan 'The Royal Belum'

Sunday, October 19, 2008

Seni tampak U-Wei di Galeri Petronas




U-Wei Saari yang selama ini dikenali sebagai pengarah filem akan mengadakan projek pameran 'Wayang U-Wei Dalam Seni Tampak' di Galeri Petronas pada 24 Mac hingga 9 Mei 2010.

Projek ini membabitkan 12 artis seni halus berlainan disiplin, dengan setiap artis akan menghasilkan tiga hingga enam karya; tafsiran dan terjemahan semula filem arahan dan tulisan beliau.

Ini adalah satu usaha bersifat gabungan kerjasama antara peneraju projek iaitu U-Wei sendiri bersama-sama beberapa artis seni tampak berlainan latar belakang, medium, disiplin dan tuntutan kerja.

Projek ‘Wajaang U-Wei Dalam Seni Tampak’ ini berpusatkan dunia perfileman U-Wei iaitu memperkatakan mengenai pengaruh yang membentuk penciptaan karya beliau dan pengaruh yang meletus daripada produk berkenaan.

Usaha sama kreatif ini bakal menyaksikan senario amat menarik iaitu pertembungan idea dan fahaman yang berasal dari latar berbeza selain pelaksanaan dalam disiplin berlainan serta persembahan artistik dari penggunaan bahan terpilih.

Malahan adalah pasti, produk yang bakal diperolehi juga adalah luar dari kebiasaan, mencipta dan membuka pintu baru dalam pemikiran khalayak.

Pada masa sama, projek ini juga membuka ruang kepada ahli filem dan seni tampak bergaul mesra seterusnya menjalin dan mengeratkan hubungan antara mereka.

Hasil kerja yang digambarkan adalah kain rentang filem-filem lama di atas kanvas, imejan daripada filem di atas kertas dan objek atau ikon daripada filem berkenaan dalam bentuk arca lembut.

“Pelbagai jenis ilmu seni diperlukan dan diterapkan di dalam pembikinan sesebuah filem dan bahawasanya sebuah filem yang baik adalah gabungan kesemua ilmu seni yang wujud,” kata U-Wei.

http://www.bharian.com.my

Monday, October 13, 2008

Datuk Shah Rukh Khan

Kemunasabahan Gelaran Datuk Shah Rukh Khan: Beberapa Pertanyaan Begini, menurut Ketua Menteri Melaka penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan filemnya bertajuk “One Two Ka Four” di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

Soalan pertama saya, mengapa setelah beberapa tahun, baru inilah Melaka "tergamak" menganugerahkan gelaran Datuk tersebut? Adakah ini 'mungkin' semua hanya satu benang basah yang ditegakkan untuk menyelamatkan air muka seorang pembesar dan isterinya yang memang menggilai Shah Rukh Khan? Datuk Seri perlu lebih telus memandangkan ini musim pemilihan. Mengapa tidak pelakon lain diberi anugerah yang sama, kerana bukan Shah Rukh Khan seorang sahaja yang dapat dihujahkan mewakili filem tersebut. Filem itu turut dilakonkan oleh (Datuk) Juhi Chawla, (Datuk) Jackie Shroff, (Datuk) Nirmal Pandey, (Datuk) Dilip Joshi, (Datuk) Akash Khurana, (Datuk)Sahila Chadda dan (Datuk) Suresh Chatwal. Mengapa pula pengarah filem ini Shashilal K. Nair tidak didatukkan, mengapa produsernya Nazir Ahmed tidak didatukkan, mengapa kumpulan penulisnya yang saya kira (mungkin) bertanggungjawab memilih latar Melaka iaitu Sanjay Chhel, Raaj Kumar Dahima dan Manoj Lalwani tidak didatukkan. Mengapa Shah Rukh Khan seorang? Tidakkah ini mennjukkan ada kegilaan tersendiri yang tersembunyi di sini?

Datuk Seri, Shah Rukh Khan yang dilahirkan di Jasin, Melaka (nota: sila kemaskinikan fakta anda) pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini dan menurut Datuk Seri, tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi. Jika Datuk Shah Rukh Khan datang menerima anugerah tersebut kelak, bolehkah Datuk Seri Mohd Ali yang kini sedang meniti harapan mendapat lebih pencalonan dalam pertandingan partinya berada dalam zon selamat kerana isu ini? Tambah-tambah penganugerahan yang sedang diketawakan oleh pesaing Datuk Seri ini didakwa oleh Datuk Seri sebagai: "adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang".

Apakah benar gelaran 'Datuk' tersebut dapat mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda. Oleh kerana filem tersebut telah pun ditayangkan sejak 2001, sudah tujuh tahun berlalu maka tentulah Datuk Seri dapat membuktikan sejak tujuh tahun lalu, dan mungkin tujuh tahun mendatang pendapatan negeri Melaka telah dan bakal terus bertambah ekoran filem tersebut. Sila bentangkan kepada rakyat Melaka bukti kira-kira yang telah dan mungkin terus dijana.

Soalan kita kini sejauh manakah bukti, dalil, dan kenyataan serta fakta yang menunjukkan "bintang" tersebut telah (atau kelak dapat) membawa "keuntungan balik" yang didakwa. Adakah sebarang kajian yang dapat membuktikan, oleh kerana sebuah filem tersebut, dengan beberapa minit gedik dan gelek punggungnya di A Famosa telah menarik berbillion ringgit, atau telah menarik berjuta pelancong dari India (atau seluruh dunia) ke Melaka? Ini kerana untuk makluman Datuk Seri, seorang pengulas di IMDB.com telah menulis begini:

One two ka four is quite simply the most atrocious,hacknyed,and forgettable film i have ever seen.First of all,not only does this film heavily "borrow" from other western films,it displays absolutely no originality.This film was sheepishly contstructed,and obviously very little time and effort was put into this project.Anyone can easily find errors in continuity and realism. One need look no further than the opening action scene as an example,where a criminal who is dead,is shown in one shot to have his hands on his chest,and in another angle shot, rest his hands on the ground! This just scratches the surface of all the improbabilities of this film.The script is a hash of cliches and fails miserabley to develop any of the one-dimensional characters. The villian "KKV" deserves particular recognition for poor acting,as he is far too cartoonish and unbelievable. The music just seems odd and always out of place. Overall,even by Indian standards,One two ka four is a very poorly made film. For anyone who has seen the film,this thought should be amusing for you: what would happen if a film like one two ka four was made in Hollywood?

Dengan ulasan sebegitu buruk, apakah mungkin ia benar-benar menarik minat dan membantu membawa keuntungan kepada Melaka? Mengapakah pengulas di atas tidak pun terpesona dengan latar A-Famosa (atau latar lain) seperti yang didakwa, adakah ulasan yang buruk untuk filem ini tidak menjejaskan misalnya "keuntungan balik" yang dijangkakan?

Tahukah Datuk Seri, penggemar filem Hindi antara lain menyebut: 'One Two Ka Four' is strictly ordinary. It doesn't jar, but then it doesn't offer anything concrete or novel on sale either.

Tidakkah pandangan sedemikian serasa tidak menolong hujah Datuk Seri bahawa: “Kalau kita hendak buat promosi Melaka secara sendiri melalui sesuatu filem yang ditonton jutaan orang di seluruh dunia tentu kosnya bernilai beratus juta ringgit, Melaka mempunyai banyak tempat pelancongan menarik seperti Sungai Melaka, Menara Taming Sari, Eye On Melaka dan tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk filem seperti filem Hindustan. Kawasan lain di dunia pernah ditonton oleh orang ramai tetapi Melaka belum ditunjukkan secara menyeluruh.”

Tidakkah hujah Datuk Seri di atas amat menyedihkan sekali?

Datuk Seri, perbuatan menganugerahkan Datuk kepada Shah Rukh Khan adalah sama buruknya dengan perbuatan memberi penyapu kepada pegawai negeri. Sama kerana ia tidak dapat dihujahkan dari segi adab, malah menunjukkan orang Melaka yang kahau tetapi halus telah dibiadabkan sedangkan mereka tidak begitu.

'Kehebatan' tamadun Melaka memang luar biasa. Datuk Seri dapat merujuk IKSEP tentunya. Ketika titik kegemilangannya, Melaka adalah muara tamadun yang mementingkan kesantunan budi, keluhuran berbahasa, kecemerlangan ilmu dan kekayaan budayanya. Hatta salah seorang wali songo datang mencari ilmu di pondok Pulau Upih!

Saya tahu Datuk Seri mahu menjadikan Datuk Shah Rukh Khan sebagai 'duta Melaka' (yang baru terpilih sebagai bandar warisan dunia). Mungkin itu maksud Datuk Seri, melihat sisi komersialismenya.

Tetapi Datuk Seri, pilihlah manusia atau ikon yang memberikan gambaran perenggan tamadun di atas untuk mempromosi Melaka. Tak mengapa tidak mendapat keuntungan balik berjuta ringgit, tetapi maruah dan gengsi Melaka tetap terpelihara, supaya adab kami tidak hilang di celah montoknya dada atau lengan Juhi Chawla yang digerigit, atau garis-garis di perut Shah Rukh Khan yang digerami aktresnya. Tambah-tambah gesel dan hembus ala-ala lahabau Datuk Shah Ruk Khan di tengkuk Juhi Chawla ternyata lebih menyerlah dari latar Melaka yang nampak kelam-kabur lagi timbul-tenggelam dalam filem tersebut. Ini kerana jelas sekali pejaman syok separa asyik Juhi Chawla lebih menggetarkan dari latar entah berapa saat di Melaka.

Tentu, orang yang menonton klip tersebut tidak akan perasan a-Famosa bukan?

http://tehranifaisal.blogspot.com/

Monday, September 29, 2008

Aidilfitri disambut Rabu ini

KUALA LUMPUR: Tarikh hari raya Aidilfitri ditetapkan pada Rabu ini, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 1 Oktober 2008," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. BERNAMA

Sehubungan dengan itu, saya Hamidon bin Ahmed, mewakili seluruh warga APDR, memohon ampun dan maf zahir dan batin kepada semua kenalan dan sahabat handai. Semoga Ramadhan yang berlalu memberi keinsafan kepada kita semua, demi mencapai keredhaanNya.

Wednesday, September 17, 2008

Selamat Hari Malaysia


Malaysia Day is held on September 16 every year to commemorate the establishment of Malaysian federation on the same date in 1963. It marked the joining together of Malaya, North Borneo, Sarawak, and Singapore to form Malaysia. The formation of the new federation was planned to occur on June 1, 1963, but was later postponed to August 31, 1963, in order to coincide with the sixth Hari Merdeka. Several issues related to the Indonesian and the Filipino objection to the formation of Malaysia delayed the declaration to September 16 of the same year. The postponement was also done to allow the United Nations team time to conduct referendums in North Borneo (now Sabah) and Sarawak regarding the two states participation in a new federation.[1]

The formation of Malaysia was made possible through the introduction of the Malaysia Bill to the Malayan Parliament on July 9, 1963, and consent from the Yang di-Pertuan Agong on August 29, 1963.[1]

Prior to the formation of Malaysia, Singapore and North Borneo unilaterally declared independence from the United Kingdom on August 31, 1963, thus coinciding with the sixth anniversary of the Malayan independence.

Malaysia Day is not a public holiday. However, it is coincidental with the birthday of the Yang di-Pertua of Sabah, making the day a public holiday in Sabah.[

Wednesday, September 10, 2008

Kempen Makan Buah-Buahan Tempatan








































Pada hari Sabtu, 30 Ogos 2008, pihak FAMA telah menganjurkan Kempen Makan Buah-Buahan Tempatan di SK Rapat Setia, Ipoh. Antara aktiviti dalam program ini adalah Pertandingan Melukis dan Mewarna Peringkat Sekolah. APDR telah dijemput menjadi Hakim untuk pertandingan ini.





Wednesday, September 3, 2008

Salam Ramadhan Al Mubarak

Semoga kita beroleh berkat dan menambah ketakwaan di dalam bulan Ramadhan Almubaarak ini.

Friday, August 22, 2008

Salleh Terima Menantu

Khabar gembira dari Timbalan Presiden APDR, beliau telah selamat mendapat menantu sulung pada 17 Ogos 2008. Anak sulung beliau Asrul Salleh, selamat diijabkabulkan dengan Raja Shahinaz Raja Kamaruzzaman di Kuala Lumpur. Majlis Menyambut Menantu telah selamat diadakan di kediaman beliau di Kg. Tersusun Batu 4, Tambun. Tahniah Cikgu!

Monday, July 21, 2008

Sejenak di Kuala



Lama sungguh tak ke KL. Terakhir sehari sebelum pilihanraya ke12. pergi beli lens baru :) melalui Jaafar Taib... banyak diskaunnya... bukan senang nak kumpul duit beli L lens ni...



Sabtu lepas ada mesyuarat Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAP's) di Balai Seni Lukis Negara. Kesempatan itu juga kami ke Galeri Petronas melihat karya Ahmad Zakii Anwar yang ermmm... tak terkata itu...



Lepas tu ke The Annexe sebelah CM... dapat lah jumpa seorang dua member...

Sunday, July 20, 2008

Ipoh Flower Market





Sesuai dengan saranan Y.Bhg. Datuk Rafiai (Datuk Bandar Ipoh) maka 'otai-otai' APDR turut serta dalam memeriahkan Ipoh Flower Market yang diadakan di Padang Ipoh pada 8 April 2008. Y.Bhg. Dato' Mahsun turut serta... jauh dia datang dari KL, yang lain muka biasa laa... midon, uncle n ninie... sambutan? ipoh... dah tinggal sejarah program ni...

Thursday, July 17, 2008

Menoleh ke belakang menuju ke hadapan





Dalam jangka waktu hampir sepuluh tahun APDR telah melakar pelbagai peristiwa dan sejarah tersendiri dalam memartabatkan seni. Bermula dengan 'labun' rakan-rakan yang sama minat memulakan suatu gerakan yang bernama Angkatan Pelukis Darul Ridzuan. Gambar-gambar sewaktu Majlis Jamuan Hari Raya APDR 2007 di Silveritage Galleria, Ipoh.