Sunday, October 19, 2008

Seni tampak U-Wei di Galeri Petronas




U-Wei Saari yang selama ini dikenali sebagai pengarah filem akan mengadakan projek pameran 'Wayang U-Wei Dalam Seni Tampak' di Galeri Petronas pada 24 Mac hingga 9 Mei 2010.

Projek ini membabitkan 12 artis seni halus berlainan disiplin, dengan setiap artis akan menghasilkan tiga hingga enam karya; tafsiran dan terjemahan semula filem arahan dan tulisan beliau.

Ini adalah satu usaha bersifat gabungan kerjasama antara peneraju projek iaitu U-Wei sendiri bersama-sama beberapa artis seni tampak berlainan latar belakang, medium, disiplin dan tuntutan kerja.

Projek ‘Wajaang U-Wei Dalam Seni Tampak’ ini berpusatkan dunia perfileman U-Wei iaitu memperkatakan mengenai pengaruh yang membentuk penciptaan karya beliau dan pengaruh yang meletus daripada produk berkenaan.

Usaha sama kreatif ini bakal menyaksikan senario amat menarik iaitu pertembungan idea dan fahaman yang berasal dari latar berbeza selain pelaksanaan dalam disiplin berlainan serta persembahan artistik dari penggunaan bahan terpilih.

Malahan adalah pasti, produk yang bakal diperolehi juga adalah luar dari kebiasaan, mencipta dan membuka pintu baru dalam pemikiran khalayak.

Pada masa sama, projek ini juga membuka ruang kepada ahli filem dan seni tampak bergaul mesra seterusnya menjalin dan mengeratkan hubungan antara mereka.

Hasil kerja yang digambarkan adalah kain rentang filem-filem lama di atas kanvas, imejan daripada filem di atas kertas dan objek atau ikon daripada filem berkenaan dalam bentuk arca lembut.

“Pelbagai jenis ilmu seni diperlukan dan diterapkan di dalam pembikinan sesebuah filem dan bahawasanya sebuah filem yang baik adalah gabungan kesemua ilmu seni yang wujud,” kata U-Wei.

http://www.bharian.com.my

No comments: