Program merakyatkan seni dan budaya (PMS) akan diadakan di Dataran Kota Long Jaafar, Bukit Gantang, Taiping, Perak. Tarikhnya adalah 29 November (Jam 9 pagi hingga 11 malam) dan 30 November 2008 (8 pagi hingga 6 petang). Antara aktiviti menarik yang dirancang ialah beberapa pertandingan seperti melukis dan mewarna, gotong royong (kenduri rakyat), bengkel dan demonstrasi seni khat, pertandingan futsal dan pelbagai persembahan kesenian pelbagai kaum.
Tema PMS anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Perak kali ini adalah Perkasakan Perpaduan Bersama. Acara kemuncak dijangka dihadiri oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato' Shafie Apdal.
APDR turut terlibat dalam demonstrasi melukis oleh beberapa artis seperti Aidel Yusof, Kamal Sabran, Dato' Mahsun Taib, Roslaini, Ismail Alias dan beberapa pelukis lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
merakyatkan seni or menyenikan rakyat huhuhuhu
ce kome buat program kat Melaka plak.... gerenti berduyun2x orang datang.
Post a Comment