Sabtu, Jam 9.00 pagi, Presiden Angkatan Pelukis Darul Ridzuan telah berpeluang mengunjungi sebuah sekolah berasrama penuh atas jemputan Panitia Seni sempena Minggu Kemanusiaan di SBPI Gopeng. Awalnya beberapa rakan berjanji untuk turut serta tetapi di saat akhir hanya seorang yang dapat melunaskannya. Peluang bertemu anak-anak yang bijak bestari memang menarik. Dalam masa kurang tiga jam membuat pameran mini, demonstrasi melukis potret dan sedikit interaksi bersama guru dan pelajar, dapat membuat sedikit pencerahan dalam bidang visual ini.
Turut meninjau sesi pameran ialah Tuan Pengetua SBPI Gopeng yang ternyata mesra dan prihatin tentang seni. Harap selepas ini ada lagio program yang dapat dijayakan bersama di peringkat sekolah.
Wednesday, September 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
maaflah midon...kalau tak bulan puasa gerenti pergi punya....
Post a Comment