Saturday, April 25, 2009

1001 Malaysian Artists

Sebuah Pameran akan dianjurkan oleh ArtMalaysia dengan kerjasama BSLN, Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis dan Gabungan Persatuan Pelukis Malaysia. Pameran ini akan diadakan pada 12 Nov hingga 12 Dis 2009 di Balai Seni Lukis Negara.

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut :-

1. Setiap pelukis diwajibkan menghantar 2 buah karya terkini yang tidak melebihi usia 2 tahun;

2. Setiap karya mestilah lengkap beserta biodata pelukis dan keterangan karya;

3. Setiap pelukis mesti menyediakan profil lengkap termasuk rekod penyertaan pameran bagi memastikan kelayakan;

4. Setiap karya hendaklah sampai kepada ArtMalaysia di alamat : Galeri Dunia Seni Lukis, No. 19A, Jalan Pudu Ulu, off Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur, pada atau sebelum 12 September 2009;

5. Wang Pendaftaran sebanyak RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja).

Untuk keterangan lanjut sila hubungi info@artmalaysia.com.my website www.artmalaysia.com.my

No comments: